Tergamak seorang lelaki bertindak membelasah seorang wanita yang dipercayai isterinya sebelum menyumbatnya ke dalam but kereta.

car3

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Huanghua, China. Ia turut dirakamkan dan klip video berdurasi  1 minit 18 saat itu kini tersebar di media sosial.

IKLAN

Video berkenaan memaparkan lelaki terbabit memaksa wanita berkenaan masuk ke dalam but kereta.

car4

Wanita malang itu bagaimanapun enggan dan cuba melawan sebelum dibelasah bertubi-tubi oleh lelaki terbabit.

Kemudian datang seroang wanita lain bersama seroang lelaki yang dilihat cuba membantu, namun kedegilan lelaki berkenaan membelasah wanita itu menyebabkan wanita dan lelaki yang cuba membantu tidak dapat berbuat apa-apa.

car6

Selepas berlaku pergelutan, lelaki kejam itu kemudiannya berjaya menolak wanita itu masuk dan menutup but kereta sebelum berlalu pergi dengan wanita itu masih dalam but kereta!!

car7

Yang bestnye, lelaki yang datang bersama wanita lain untuk membantu seolah-olah tunggul kayu, hanya tunggu dan lihat sahaja tanpa cuba memberikan bantuan.

Mungkin takut nak campur tangan kot. Harap-harap janganlah masyarakat kita jadi macam ni.

https://www.youtube.com/watch?v=mc4J2BCAzDk