Pelawak terkenal era 80an, Acappan dilaporkan sudah memeluk agama Islam menerusi beberapa gambar yang tersebar di media sosial.

acapan1-550x733

Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan, 58, dikatakan memilih nama Shahrin Abdullah sebagai nama baru Islamnya.

IKLAN

acapan3

Dia yang berasal dari Parit Buntar, Perak popular dengan lakonanya dalam sitkom Trio Santan Berlada, filem Adik, Gila Bola, Suatu Malam Kubur Berasap dan Orang Kampung Otak Kimia.

Acappan bagaimanapun menafikan laporan bahawa dirinya memeluk Islam yang telah viral di media sosial sejak Isnin lalu.

Menurutnya, foto yang tersebar itu hanyalah dirinya yang memenuhi undangan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan.

“Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

 “Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam,” katanya memetik laporan mStar Online.
Acappan merupakan pelawak dan penghibur yang sudah 40 tahun menempa nama dalam persada seni hiburan tanah air.