Boon Siew Honda Sdn Bhd mempertaruhkan jentera dua roda terbaru kategori cub yang pertama menggunakan enjin 150cc untuk pasaran Malaysia.

honda-rs150r-3 (1)

Dilengkapi enjin DOHC 150cc satu silinder, RS150 turut dilengkapi sistem penyejukan cecair bersama kotak gear manual enam kelajuan.

IKLAN

Kuasa maksimum RS150 ialah 15.6PS pada 9,000rpm dengan tork setinggi 13.5Nm pada 6,500rpm.

14rs_1465790187

Didatangkan dengan empat warna iaitu merah, biru, hitam dan grafik Repsol.

honda

Honda RS150 dijangka akan menyusur di jalan raya di negara ini pada Ogos depan dengan harga bermula antara RM8,213.94 sehingga RM8,372.94.