Sekurang-kurangnya  50 maut manakala 53 yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah kelab gay, di Orlando, Amerika Syarikat semalam.

gay1

Insiden tembakan merupakan insiden terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat selepas serangan 11 September 2011.

omar-mateen

Penembak dikenal pasti sebagai Omar Mateen St Luice yang berasal dari Florida dan merupakan warganegara AS manakala kedua ibu bapanya berasal dari Afghanistan.

gay2

Pegawai berkata dalam satu sidang media, angka kematian serangan itu telah meningkat kepada 50 orang, lebih dua kali ganda seperti yang dilaporkan sebelum ini.

IKLAN

gay3

“Seorang pegawai polis yang bekerja di kelab itu berbalas tembakan dengan Mateen  di luar kelab pada jam 2.02 pagi dan Mateen kemudiannya memasuki kelab.

“Tidak lama selepas itu, Mateen menjadikan pengujung sebagai tebuasan dan dia pada ketika itu bersenjatakan senapang, pistol dan beberapa jenis peranti,” kata pegawai dipetik ABC News.

gay4

FBI berkata, berlaku insiden berbalas tembakan dengan pelaku sekitar jam 5 pagi dan pelaku kemudian terbunuh ditembak oleh polis.

Terdapat kira-kira 320 orang di dalam kelab itu pada masa tembakan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN