Di Pattaya, Thailand, seorang lelaki menerima padah apabila kantoi menjalinkan hubungan sulit dengan rakan baik isterinya sendiri.

Daily Mail melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Somchai dipotong kemaluannya oleh isterinya selepas hubungan sulit itu terbongkar.

somchai

Isterinya yang merupakan peniaga ayam goreng di bandar pelancongan itu pada mulanya tidak percaya khabar angin tentang kecurangan suaminya.

Setelah kecurangan Somchai itu terbongkar, wanita berkenaan berpura-pura memaafkan Somchai dan mengadakan hubungan seks.

somchai2

Selepas selesai melakukan hubungan seks, ketika Somchai berehat kepenatan, wanita berkenaan bertindak mengelar kemaluan Somchai dengan pemotong kotak.

IKLAN

box

Tindakan wanita berkenaan mengelar kemaluan Somchai menyebabkan pendarahan yang serius dan kemaluan suaminya itu hampir putus.

Panik melihat pendarahan yang banyak, wanita berkenaan kemudiannya menghubungi ambulans dan dikejarkan ke Hospital Bang Lamung sambil ditemani isterinya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry