Keadaan kolam awam yang penuh dan sesak dengan pengunjung tidak menghalang seorang penyelamat bertindak menyelamatkan nyawa.

hero1

Penyelamat berkenaan bertindak terjun ke dalam kolam awam di South Carolina, Amerika Syarikat selepas menyedari kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu lemas.

IKLAN

Tindakan pantas penyelamat berkenaan bagaimanapun dirakam dan kini menjadi viral di media sosial.

hero2

Video berdurasi 46 saat itu memaparkan suasana hingar bingar dengan gelak tawa pengunjung yang mandi di kolam awam berkenaan.

Kemudian datang penyelamat berkenaan yang meronda di tepi kolam yang penuh sesak itu.

hero3

Ketika kejadian fungsi kolam yang menghasilkan ombak buatan diaktifkan dna pengunjung mula bergembira bermain dengan ombak berkenaan.

Namun kesemua pengunjung tidak menyedari kanak-kanak malang itu yang sudah terkapai-kapai  lemas.

hero4

Bagaimanapun kanak-kanak yang lemas itu bagaimanapun disedari penyelamat berkenaan yang peka dengan pengunjung walaupuan keadaan penuh sesak dan suasana yang bising.

Penyelamat berkenaan terus bertindak pantas terjun dan menyelamatkan kanak-kanak itu.

Penyelamat berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia terpaksa membawa kanak-kanak malang itu mencari ibu bapanya di sekitar kolam renang berkenaan selepas diselamatkan.

“Mereka pasti tidak menyedari kehilangan anak mereka. Saya sudah 18 tahun bekerja sebagai penyelamat dan saya masih terkejut dengan kurangnya pengawasan terhadap anak-anak ketika mandi di kolam renang oleh ibu bapa,” katanya memetik laporan Daily Mail.

IKLAN

Apa yang menariknya, pada video berkenaan jika kita amati, kita sendiri tidak menyedari bahawa kanak-kanak itu sedang kelemasan!!!

Penyelamat berkenaan memang hebat!

https://www.youtube.com/watch?v=i49pi1O752U