Pelancaran model Perdana ini menandakan kembalinya Proton ke dalam pasaran segmen D.

perdana main

Sejak tempahan dibuka pada Februari lalu, Perdana telah menerima 900 buah tempahan dan dijangka menjual kira-kira 3,000 buah pada akhir tahun ini.

perdana1

Model Perdana didatangkan dengan enjin SOCH empat silinder 16 injap yang menghasilkan 154 kuasa kuda dan189Nm tork.

Manakala bagi Perdana varian 2.4 pula dengan enjin DOHC empat silinder 16 injap yang menghasilkan 178 kuasa kuda dan 222Nm tork.

IKLAN

perdana4

Perdana ini menonjolkan ciri berkelas tinggi, eksklusif dan anggun, ciri-ciri luaran aerodinamik sayap jeriji depan, lampu utama projektor HID, gabungan lampu belakang LED dan penghawa dingin dua zon.

perdana5

Perdana ini ditawarkan pada harga RM113,888 dan RM138,000 bagi varian 2.0 dan 2.4 dengan warna baru ruby red bersama lima warna lain iaitu sterling silver, graphite grey, cotton white, midnight black, citrine gold.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry