Seekor buaya dipercayai mengheret kanak-kanak berusia dua tahun ke dalam tasik Seven Sea Lagoon berdekatan Disney’s Grand Floridian Resort and Spa.

gaor

Kanak-kanak malang yang hilang itu kali terakhir dilihat pada 9.30 malam waktu tempatan.

IKLAN

Saksi yang melihat kejadian itu mendakwa buaya berkenaan adalah sepanjang kira-kira 7 kaki.

Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Florida, Jabatan Bomba Reedy Creek dan pejabat syerif tempatan kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

gator

Helikopter juga digunakan dalam misi mencari dan menyelamat kanak-kanak malang itu.

Seorang saksi juga dilaporkan berkata, ketika kejadian tayangan video diadakan di kawasan tasik berkenaan dan kanak-kanak itu bermain berhampiran gigi air.

gator15n-2-web

Dua orang dewasa turut dilihat keluar daripada tasik itu dan mereka dipercayai ibu bapa kepada kanak-kanak malang terbabit.

Ada yang mengatakan bahawa ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah bergelut dengan buaya itu sebaik menyedari anaknya diheret reptilia ganas berkenaan.

The Grand Floridian Resort and Spa merupakan pusat percutian mewah milik Disney.