Seorang lelaki membuat satu penemuan yang mengejutkan selepas terjumpa dengan seketul mentega yang berusia lebih 2,000 tahun.

butter

Penemuan itu dibuat di sebuah kawasan di Drakerath, Ireland oleh pemotong rumput, Jack Conway.

Mentega berkenaan ditemui tertanam kira-kira 12 kaki di bawah tanah dan kemudian melaporkan penemuna itu kepada jabatan muzium.

butter2

Apa yang mengejutkan ialah, walaupun berusia lebih 2,000 tahun ketulan mentega berkenaan masih boleh dimakan.

Mentega berkenaan dipercayai ditanam untuk menjadikannya tahan lama, namun ada pakar yang berpendapat ia mungkin ditanam sebagai tawaran kepada dewa bagi menjadikan kawasan berkenaan lebih selamat.

IKLAN

butter3

Menurut ahli kaji sejarah, kawasan penemuan mentega berkenaan adalah kawasan yang sukar untuk dimasuki dan ia merupakan kawasan misteri pada zamannya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry