Telefon bimbit kini menjadi salah satu keperluan dalam dunia kini dan kini datang dalam pelbagai variasi dengan kadar harga yang berbeza.

solarin1

Namun bagi golongan yang mewah, pemilihan telefon bimbit pastinya dibuat dalam kalangan model yang tahan lasak dan mahal harganya.

Salah satu model terbaru yang hanya khas untuk mereka yang mementingkan ketahanan dengan harga yang tinggi iaitu Solarin.

solarin2

Solarin yang dibina berasaskan perisian Android mampu memberi perlindungan maksimum terhadap maklumat dan panggilan pemiliknya.

Menurut Presiden dan penolong pengasas Sirin Lab, Moshe Hogeg, Solarin mempunyai skrin paling terbaik di dunia, speaker paling kuat dan paling laju untuk 4G LTE.

IKLAN

solarin5

“Malah kelajuan WiFinya adalah sepuluh kali ganda dari mana-mana rangkaian,” katanya memetik laporan CNN.

Harga yang dipertaruhkan di pasaran Amerika Syarikat bagi telefon bimbit ini adalah AS$17,000 seunit.

solarin6

Mungkinkah telefon ini merupakan yang paling mahal di dunia dari segi kecanggihannya?