Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditarik oleh seekor buaya di sebuah lagun di taman tema Walt Disney ditemui mati oleh pasukan pencari dan penyelamat.

lane2

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan sempurna tidak jauh dari Hotel Grand Floridian Resort dan hanya terdapat beberapa kesan luka kecil.

Ketua pasukan penyelamat, Jerry Demmings mendedahkan, kemungkinan besar, kanak-kanak itu , Lane Graves dari Nebraska mati akibat lemas.

lane3

Sementara itu, bapa kanak-kanak malang itu juga dilaporkan turut mengalami luka-luka kecil ketika cuba menyelamatkan mangsa.

Mayat mangsa kata Demmings, ditemui kira-kira enam kaki di dasar air yang keruh.

IKLAN

lane4

Kanak-kanak malang itu dilaporkan sedang bersiar-siar bersama ibu dan bapanya di sekitar kawasan resort milik Disney itu pada Selasa, sebelum masuk ke kawasan lagun dan bermain dengan air separas satu kaki.

lane5

Dia kemudiannya diserang dan ditarik oleh seekor buaya, dan cubaan ibu bapanya untuk menyelamatkannya tidak berjaya, lapor AFP.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry