Satu klip video yang memaparkan penghadang masjid bergerak sendiri kini menjadi viralk di media sosial.

hadang2

Rakaman CCTV berdurasi 1 minit 48 saat itu memaparkan penghadang masjid dilihat bergerak sendiri beberapa meter bermula di belakang pintu solat wanita hingga ke bahagian tepi masjid.

Menurut siak masjid Zakaria Lani, kejadian aneh itu dirakam pada 25 Mei lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

hadang1

Jelasnya, pihak pengurusan masjid hanya menyedari insiden itu dua minggu kemudian selepas dia dan seorang lagi jemaah secara kebetulan memainkan rakaman CCTV tersebut.

“Kami memainkan rakaman CCTV untuk melihat aktiviti murid Sekolah Kebangsaan Tedong yang mengadakan qiamullail di masjid ini, 28 Mei lalu dan tidak menyangka melihat kejadian itu.

IKLAN

hadang4

“Pada mulanya saya menyangka penghadang kayu itu ditiup angin tetapi arah pergerakannya melawan angin menyebabkan kami kehairanan. Ia seolah-oleh digerakkan sesuatu yang tidak dapat dilihat.

“Bagi saya kejadian aneh itu bukan bertujuan menakut-nakutkan mana-mana pihak, sebaliknya lebih kepada mengagungkan kekuasaan Allah,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry