Burung Unta di Lebuhraya Persekutuan?? Ya…itulah realiti yang berlaku dan kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya.

unta1

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, burung unta berkenaan dilihat berlari tanpa arah tujuan di laluan kanan lebuhraya itu berhampiran Stesen LRT Universiti, Petaling Jaya.

IKLAN

unta2

Keadaan itu menyebabkan orang ramai terpaksa memandu secara perlahan bagi memberi laluan kepada haiwan berkenaan.

unta3

Malah terdapat beberapa penunggang motosikal bertindak keluar daripada lorong motosikal dan menunggang berhampiran haiwan terbabit.

Setakat ini tiada sebarang maklumat daripada munculnya haiwan itu.

Tengok, burung unta pun tak guna laluan kecemasan, dia guna lane kanan tau!!!

https://www.youtube.com/watch?v=NNEOCxgphSY