50 orang dilaporkan maut selepas berlaku satu letupan besar di sebuah tapak latihan lapang sasar di selatan Rusia.

Menurut sumber memetik laporan dailystar, sebuah enjin roket disambar api dalam kejadian pada pagi Isnin itu.

ashuluk-2

Sekitar 600 penduduk di kawasan berkenaan terpaksa dipindahkan bagi mengelakkan sebarang ancaman.

Kementerian Pertahanan Rusia kemudiannya mengesahkan tiada sebarang kematian disahkan di lapan sasar latihan Ashuluk.

ashuklu

Namun keputusan untuk memindahkan penduduk di kawasan berdekatan diambil kerana dibimbangi akan berlaku letupan susulan.

IKLAN

“Menurut data, sebuah gudang yang menyimpan alat ganti enjin roket terbakar. Sekitar 600 penduduk di kawasan berdekatan terpaksa dipindahkan,” katan sumber kepada RIA Novosti.

ashuluk main

Lapang sasar berkenaan digunakan sebagai gudang untuk menyimpan pelancar roket yang membawa kapal angkasa ke orbit rendah.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry