Seekor gajah liar jantan berusia 25 tahun yang menderita dengan kesan tembakan di kepala dilihat berjalan menuju ke arah sekumpulan pakar veterinar seolah-olah tahu bahawa mereka dapat membantunya.

gajah2

Kejadian menakjubkan itu berlaku di Zimbabwe, Afrika di mana haiwan malang itu menderita akibat kesan tembakan dipercayai daripada pemburu haram.

IKLAN

Luka tembakan di tengah tengah kepala haiwan malang itu sedalam kira-kira 5 cm dari atas kawasan sensitif yang boleh menyebabkan kematian serta merta sekiranya peluru masuk lebih dalam.

gajah6

Menurut pakar veterinar yang ditemubual BBC, Dr Lisa Marabini, haiwan itu seolah tahu bahawa kumpulan berkenaan dapat membantu meyelamatkannya dengan berjalan perlahan-lahan ke arah mereka.

gjah7

“Ia seolah-olah tahu bahawa kita sampai di sana untuk memberi bantuan kepadanya. Kami percaya gajah itu ditembak di luar kawasan taman dan ia datang ke sini untuk mendapatkan bantuan.

gajah4

“Yang menariknya, walaupuan ia seekor gajah liar yang terkenal dengan sifat agresifnya, gajah ini datang kepada kami tanpa langsung menunjukkan tanda-tanda agresif,” katanya memetik laporan Dailymail.

gajah5

Gajah jantan itu diberi nama “pretty boy” kemudiannya diperiksa dan diberikan rawatan segera untuk menyelamatkan nyawanya.