Pesawat pengangkut Stratolaunch bakal menjadi pesawat yang paling besar di dunia yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

strato

Dibangunkan oleh syarikat Vulcan Aerospace, Stratolaunch akan menjadi pesawat yang membawa kapal angkasa ke orbit.

Stratolaunch akan terbang ke pada ketinggian 30,000 kaki  dan melancarkan roket pada altitud tinggi sekaligus mengelakkan kos bahan api yang tinggi sekiranya roket dilancarkan dari permukaan bumi.

strato3

Ia juga mampu membuat penghantaran satelit ke orbit dan boleh membawa satelit seberat lebih 6 tan (6,124) kilogram antara 112 batu dan 1,243 batu dari bumi.

IKLAN

151118-strato-620x348

Stratolaunch mempunyai kelebaran sayap sepanjang 385 kaki atau 117 meter panjang dan dikuasakan dengan enam buah enjin kelas 747.

strato4

Panjang fiuslaj pesawat ini adalah 238 kaki atau 72 meter dan keseluruhan berat pesawat itu adalah lebih 544 tan (544,311 kilogram).

stratolaunch

Ia turut mampu terbang pada kelajuan 460 knot atau 850 kilometer sejam.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry