Ibu, Anak, Menantu Dijel Gara-Gara Curi Kosmetik

Mesti Baca

‘Terima Kasih Banyaklah!’- Zarina Zainuddin Kesal Bekalan Air Di Rumah Kena Potong

Pelakon Zarina Zainuddin hari ini meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Pengurusan Air Selangor. Menurut hantaran terbarunya di akaun instagram...

Ikuti Jejak Kylie & Kim, Kris Jenner Bakal Mempunyai Jenama Kecantikan Sendiri

Kris Jenner bakal menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan. Beliau dikatakan mengikuti jejak langkah anak perempuannya yang turut mempunyai empayar...

Guna Dulu Sebelum Beli? Tilam Sonno Beri Anda Pengalaman Yang Luar Biasa

Anda sedang mencari tilam baru? Kami sangat memahami bahawa proses memilih tilam yang baik memerlukan kita untuk bersusah payah...
Iskandar Lee
Menceburi dunia hiburan lebih 10 tahun dan suka fesyen. Terbiasa untuk mengkritik tentang kehidupan selebriti.

Seorang ibu tunggal, tiga anak dan seorang menantu perempuannya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barang kosmetik, di Bandar Tenggara, Jumaat lepas.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap, Rohaya A Rahman, 57, tiga anaknya, Maimunah Che Abdullah, 26, Noriza, 39 dan Nurul Fatihah, 19, serta menantunya, Zariah Zakariya, 37, selepas mereka membuat pengakuan atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.

Kesemua mereka yang menangis sejurus hukuman ditetapkan, didakwa secara bersama-sama mencuri di dalam bangunan dengan mengambil 17 barang kosmetik pelbagai jenama bernilai RM2,171.50 di kedai Produk Kesihatan dan Kecantikan Sri Tanjung, Jalan Anggerik 4/1, Taman Anggerik, Bandar Tenggara, di sini, kira-kira 11.40 pagi, 17 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda manakala bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh dipenjara dengan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

beautyc

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shefiuddin yang memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal atas faktor kepentingan awam, mengambil kira perbuatan terbabit mencemar bulan Ramadan selain Rohaya sepatutnya menasihati anak serta menantunya dan bukannya turut terlibat dengan perbuatan itu.

handcuffs181214

Peguam kesemua tertuduh, Nik Raihan Nik Jaafar pula memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan kesemua anak guamnya mempunyai anak antara seorang dan sembilan orang, selain itu Nurul Fatihah juga sedang mengandung enam bulan.

Mazana kemudian memerintahkan kesemua mereka dipenjara tiga tahun dengan hukuman terbabit bermula dari tarikh tangkapan iaitu 19 Jun lepas (Ahad). – Bernama

Terkini

3 ‘Influencer’ Sosial Media Diberi Vaksin Terlebih Dahulu? Ini Penjelasan Dr Noor Hisham

Nampaknya ramai netizen yang terkeliru dengan sebuah laporan berita tempatan yang mendakwa Hospital Serdang berhasrat beri vaksin Covid-19 kepada 'Influencer'...

More Articles Like This