Pakar motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12:45 tengah hari tadi di Hospital Alor Setar, Kedah.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu dimaklumkan oleh anak saudaranya Abdul Muein Abadi, 28, hari ini.

GK063 - 2

“Beliau (Allahyarham) telah diserang strok seminggu yang lalu. Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu,” katanya memetik laporan berkenaan.

Dalam pada masa itu, menerusi akaun Facebooknya sehari sebelum Ramadan lalu, Allahyarham sempat memuat naik status meminta maaf kepada semua orang.

Allahyarham yang popular dengan tagline ‘Renung-renungkan dan selamat beramal’ sering memberikan motivasi di corong radio dan juga televisyen.

Allahyarham juga merupakan seorang pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

IKLAN

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry