Tahukah anda terdapat beg yang kelihatan simple dan bergaya namun memiliki ciri-ciri keselamatan yang terbaikkan?

Maklumlah, zaman sekarang banyak berlaku kes ragut dan kecurian yang adakalanya berlaku tanpa kita sedari.

loctate1

Ada yang bertindak menoreh beg menggunakan pisau tanpa disedari tuan punya beg, tau-tau dah ringan beg sebab isinya dikebas penyamun!!

Tapi ada ke beg yang mampu menahan daripada diragut, dipoting atau ditoreh ni?? Ada!! Loctate bag yang kelihatan ringkas namun ia memiliki ciri keselamatan yang mantap.

loctate2

Beg ini dikeluarkan oleh Loctate Industrial Bag Co. yang berpangkalan di Amerika Syarikat di mata kesemua komponen dan material yang digunakan untuk menghasilkan beg ini juga adalah daripada Amerika Syarikat.

IKLAN

Beg Loctate ini dihasilkan daripada dua lapisan material Cut Tex Pro yang merupakan fabrik kalis potong yang termaju di dunia.

loctate3

Fabrik ini digunakan dalam penghasilan perisai badan dan pakaian dalam perlindungan untuk penguatkuasa undang-undang.

Ia adalah lima kali lebih kuat daripada Kevlar yang kalis peluru dan mempunyai kalis potongan pisau tahap lima. Pendek kata ia adalah 100% kalis pisau.

loctate6

Beg ini juga dilengkapi dengan kunci khas untuk memastikan ia tidak boleh diselongkar atau dibuka oleh pencuri.

Apa yang menariknya selain kalis pisau dan kalis air, beg Loctate juga kalis imbasan sekaligus menjamin privasi anda di mana ia mampu mengelakkan jenayah ‘penyeluk saku elektronik’ yang mencuri data anda melalui kad kredit dan kad debit dan kad pengenalan menggunakan alat khas.

IKLAN

loctate4

Walaupun beg ini kalis pisau dan air, material yang digunakan adalah sangat lembut untuk keselesaan pengguna.

Namun setakat ini beg ini hanya dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja dan masih belum dipasarkan di negara ini.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry