Seorang bapa dikecam oleh netizen kerana tindakannya yang membiarkan dua anaknya bermain di kawasan sungai yang terkenal sebagai kawasan buaya air masin.

croxc2

Lelaki berkenaan dilihat berdiri di kawasan air cetek di tepi sungai berkenaan sementara dua anaknya bermain-main di kawasan air cetek yang menjadi laluan masuk ke kawasan sungai dalam di pantai Kewarra, Cairns, Utara Queensland, Australia.

girl1

Gambar tindakan berkenaan dimuat naik oleh orang awam yang melihat kejadian itu yang turut mendakwa lelaki berkenaan tidak mengendahkan amarannya tentang kewujudan buaya di kawasan berkenaan.

Gambar berkenaan juga dihantar kepada satu kumpulan Facebook yang turut menyelar perbuatan lelaki berkenaan.

IKLAN

“Saya tidak faham tentang kebodohan sesetengah orang. Ini adalah kawasan sungai di pantai Kewarra. Adakah dia jaga anaknya? Tidak.

“Lepas gambar ini diambil, budak lelaki itu malah pergio lebih jauh ke dalam air. Saya tak percaya apa yang saya lihat,” katanya memetik laporan Daily Mail.

35AFF18300000578-3660736-image-a-85_1466951479548

Individu yang tidak dikenali yang mengirimkan gambar itu ke kumpulan berkenaan juga turut memberikan bukti terdapat kesan buaya menggelongsor di tebing sungai berlumpur itu.

“Di bahagian tebing ke dalam air, terdapat kesan gelongsor yang ibuat oleh buaya yang besar yang berlaku semalam,” katanya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry