Bersahur merupakan amalan sunnah yang sangat dituntut untuk diamalkan di bulan Ramadhan kerana memberi berkah.

Ramai yang bersahur dengan mengambil makanan yang banyak malah tidak kurang juga yang mengamalkan pemakanan sedikit.

Umum mengetahui bahawa makana yang paling baik diamalkan ketika bersahur dan memberi tenaga ialah buah kurma.

Namun selain daripada kurma terdapat juga makanan yang baik yang mampu mengenyangkan anda dalam masa yang lama sesuai diamalkan ketika bersahur.

oat

1. Oat

Pengambilan oat kertika bersahur sangat baik dan mengenyangkan anda dalam jangka masa yang lama kerana kandungan seratnya yang tinggi. Selain ia mudah disediakan, oat juga merupakan makanan yang sangat sihat. Cara menyediakannya juga mudah, cukup sekadar mencampurkan oat dengan susu pastinya ia membekalkan tenaga dan pritein yang cukup sehingga waktu berbuka.

IKLAN

telur

2. Telur

Amalan memakan telur ketika waktu sahur juga membantui membuatkan anda kenyang lebih lama sehingga wajtu berbuka.  Telur menjadikan anda kenyang untuk jangka masa yang lama adalah kerana ia mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi. Selain itu telur juga mampu membekalkan tenaga yang diperlukan badan sepanjang hari anda berpuasa.

kekacang

3. Kekacang

Walaupun nampak biasa, tetapi kekacang juga sebenarnya mampu membuatkan anda kekal kenyang dan bertenaga sepanjang hari berpuasa. Ini kerana kekacang juga menmgandungi protein yang tinggi dan ia mampu mengawal keinginan anda untuk makan. Selain itu kekacang juga kaya dengan serat, anti oksidan, vitamin B dan zat besi yang baik untuk tubuh ketika berpuasa.

avokado

4. Avokado

IKLAN

Avokado se4ring menjadi igauan kepada mereka yang sedang berdiet kerana kandungan lemaknya. Memang avocado mempunyai banyak lemak di dalamnya tetapi ia adalah lemak yang baik untuk badan dan bukannya lemak yang mampu menggemukkan!! Malah avocado juga tergolong dalam makanan yang membuatkan anda kenyang lebih lama dan membantu mereka yang sedang berdiet.

epal

5. Epal

Buah epal sangat popular dan amat mudah didapati dan boleh diamalkan pengambilannya ketika bersahur kerana ia membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Malah pengambilan epal ketika bersahur juga membantu menjadikan badan anda segar sepanjang hari berpuasa.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry