Lapan Cedera Dalam Insiden Letupan Bom Di Puchong

Mesti Baca

Sekurang-kurangnya lapan cedera dalam insiden letupan bom dekat restoran dan pusat hiburan di IOI Boulevard, Puchong awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kira-kira 20 individu sedang menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2016 sebelum berlakunya letupan berkenaan.

boulevard

Menurut laporan Harian Metro, saksi memberitahu ketika kejadian terdapat sekumpulan lelaki bertindak membaling objek sebelum letupan itu.

“Letupan menyebabkan cermin pub pecah dan orang awam yang berada di lokasi cedera.

bigstock-Time-Bomb-89157722-938x470

“Tidak lama kemudian ambulans datang dan membawa mangsa ke hospital,” katanya memetik laporan itu.

Setakat ini jumlah kecederaan sebenar masih belum dapat dipastikan.

Terkini

Baru Tahu! Watak Wonder Woman, Gal Gadot Ada Persamaan Dengan Puteri Diana

Wonder Woman, Gal Gadot diilhamkan oleh Puteri Diana. Persamaan antara Watak Superhero dan Puteri Yang Disayangi Melalui temubualnya secara virtual bersama...

Artikel Berkaitan