Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa menanggung azab selepas didera oleh bapa tirinya hanya kerana kencing di atas tilam.

Menurut laporan Daily Mail, kejadian itu berlaku di bandar Limpio, Paraguay.

Video perlakuan kejam bapa tirinya berusia 20an yang bertindak meletakkan kanak-kanak itu di atas api menjadi viral.

dera2

Tindakan bapa tiri kanak-kanak malang itu menyebabkan badan kanak-kanak itu melecur di bahagian punggung dan kemaluanya.

Kanak-kanak malang itu kemudiannya dihantar ke Hospital Acosta Nu untuk mendapatkan rawatan selepas penduduk di kawasan kediaman kanak-kanak itu bertindak melaporkan kejadian kepada polis.

IKLAN

dera3

Suspek kini ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan berkenaan.

Sementara itu, pegawai polis, Deputi Komisioner Odillio Larrea berkata, suspek enggan bercakap ketika disoal siasat dan hanya mengatakan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Ibu kepada kanak-kanak malang itu yang turut menjaga seroang anaknya yang baru lahir dan seorang lagi anak diberi hak penjagaan sementara siasatan dijalankan.

https://www.youtube.com/watch?v=vELzhJekXpM

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry