Seorang doktor terpaksa menahan rasa malu selepas terkantoi mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di bilik pembedahan.

Aksi seks itu dirakam menggunakan telefon pintar oleh seorang individu lain secara sembunyi tanpa disedari doktor berkenaan dan pasangannya.

DOCTOR-CAUGHT-1-526091

Doktor berkenaan dilihat merangkul wanita terbabit dan mengadakan hubungan seks di atas katil dipercayai di bilik pembedahan sebuah hospital

Namun akhirnya perbuatan individu yang merakam aksi berkenaan bagaimanapun disedari apabila individu berkenaan cuba beralih dan membuatkan doktor berkenaan menyedari aksinya dirakam.

DOCTOR-SEX-2-565574

Panik dengan keadaan itu, doktor berkenaan kemudiannya menolak wanita berkenaan.

IKLAN

Individu yang merakam perbuatan doktor itu kemudiannya tergelak dan melarikan diri.

Rakaman video aksi seks berkenaan yang berdurasi 27 saat itu turut tersebar.

doktor2

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku di Yucatan, Mexico dan doktor terbabit sudah dikenal pasti dan diberi panggilan Dr Simi, menurut laporan dailystar.

Identiti wanita terbabit bagaimanapun tidak diketahui ada laporan mendakwa wanita berkenaan sebagai pesakit Dr Simi.

Ada pula laporan yang menyebut pasangan berkenaan merupakan rakan sekerja dan bekerja di sebuah farmasi di Yucatan.

.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry