Sekurang-kurangnya 32 orang maut dalam serangan bom di Lapangan Terbang Attaturk, Turki yang menggemparkan negara itu dalam kejadian awal pagi tadi.

attack1

Penyerang berkenaan bertindak menembak pengawal keselamatan lapangan terbang berkenaan sebelum seorang demi seorang bertindak mengaktifkan bom yang dipercayai diikat pada badan mereka.

attack2

Agensi berita Dogan melaporkan, serangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang maut termasuk dua anggota polis manakala 88 lagi cedera.

attack3

Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan kini menggesa pihak antarabangsa untuk menangani keganasan selepas serangan itu yang merupakn erangan keempat tahun ini di negara berkenaan.

IKLAN

attack4

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berdarah itu yang menyebabkan seluruh penerbangan di lapangan terbang berkenaan dibatalkan serta merta.

Rakaman kamera litar tertutup keselamatan merakamkan dua letupan di mana letupan pertama berlaku di hadapan pintu masuk utama lapangan terbang itu.

attack5

Letupan kedua pula berlaku selepas seroang lelaki dirakamkan terjatuh di hadapan beberapa pegawai polis, dipercayai akibat ditembak dan kemudiannya meletupkan dirinya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry