Ramadhan bakal melabuhkan tirai dan Syawal akan menjelma tidak lama lagi untuk diraikan umat Islam di seluruh dunia.

Di negara kita, inilah masa yang paling ideal untuk berkumpul bersama seluruh sanak saudara bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta bermaaf-maafan di hari yang penuh kemuliaan.

Namun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri juga, saban tahun warga perantau yang berada jauh dari kampung halaman akan mula meredah lebuhraya untuk pulang ke desa tercinta.

IKLAN

Ada yang perjalanannya hanya  mengambil masa yang singkat dan tidak kurang juga yang terpaksa ‘berkampung’ dalam kereta lebih 12 jam untuk sampai ke kampung halaman!!

Hanya kerana kesesakan yang sememangnya tidak dapat dielakkan saban tahun. Dengan jarak perjalanan yang memakan masa yang lama sudah pasti kenderaan anda perlu berada dalam keadaan tip top bagi mengelakkan masalah dalam perjalanan. Di sini ada beberapa tips berguna yang boleh diambil sebelum pulang berhari raya.

Bila Kena Servis?

Periksa buku servis kereta anda: Setiap pengeluar kenderaan akan menetapkan jumlah batuan yang perlu dicapai sebelum ia kena dihantar ke pusat servis, dan bahagian mana yang perlukan pemeriksaan. Kereta anda perlu diservis setiap 12 bulan, walaupun kereta anda belum mencapai perbatuan yang perlukannya diservis.

car bateri

Bateri Kereta

Anda perlu memeriksa bateri kereta sewaktu servis terutama jika ia sudah melebihi tiga tahun. Jangan lupa periksa sistem pengecas dengan kerap dan pastikan keadaannya bersih.

car oil

Minyak dan Air

Anda kena periksa kedua-dua ini sekurang-kurangnya sekali sebulan. Lebih mudah nak ingat, lakukannya sewaktu sedang mengisi minyak.

timing belt

Tali Sawat Pemasaan (Timing Belt)

IKLAN

Jika ia gagal berfungsi, enjin kereta mudah rosak jadi anda wajar periksanya dengan kerap. Jika anda membeli kereta terpakai, minyak pemiliknya menunjukkan resit bayaran untuk servis tali sawat pemasaan ini untuk memastikan ia telah diperiksa dengan betul.

tyre

Tayar

Pastikan bunga tayar berada dalam keadaan tebal dan sekata dan tukar tayar sekiranya terdapat kesan retak atau bunga tayar sudah mula kurang. Ini bagi memastikan perjalanan lancar tanpa sebarang masalah.

Periksa Lampu

Buat pemeriksaan pada lampu utama, lampu belakang, lampu brek, lampu brek ketiga, dan juga lampu isyarat membelok. Pastikan semuanya berfungsi dengan baik.

brake2a

Sistem brek

Pastikan sistem brek anda tidak mempunyai masalah dan periksa juga pad brek kenderaan anda. Pastikan ianya masih tebal dan brek anda berfungsi dan mencengkam dengan baik.