Kebanyakan penggemar makanan pasti akan mencari makanan yang paling unik dan ekstrem di dunia kan?

Terdapat banyak makanan yang  sangat menarik dan enak dihidangkan kepada masyarakat di seluruh dunia.

Tapi ada juga makanan yang sememangnya diubahsuai bagi menjadikan makan itu yang paling awesome dan hebat di dunia.

Kali ni kita akan menjengah senarai 5 makanan yang dihasilkan dalam saiz yang paling besar di dunia dan ianya pasti menjadi kegilaan penggemar makanan!!

waffle

1. Waffle terbesar di dunia

Pada 2013, Stitching Gouda Oogst dari Belanda telah memecahkan rekod dunia dengan menghasilkan waffle paling besar di dunia. Waffle ini berdiameter 8 kaki dengan berat 49.8 kilogram. Dan ia dimakan oleh 3,000 pengunjung pada masa itu.

IKLAN

ice cream

2. Aiskrim paling besar di dunia.

Dihasilkan oleh Kemps Dairy yang dipamerkan di Festival Strawberi Cedarburg pada 2014. Ia dihasilkan dengan menggunakan 733 bekas aiskrim dan ia sama dengan keluasan sebuah padang bola sepak. Aiskrim berkenaan memilik berat 3,010 paun dan dinobatkan oleh Guinnes World Book Of Record sebagai aiskrim terbesar di dunia.

hot dog

3. Hot dog terbesar di dunia

Dihasilkan oleh syarikat Dan Abbate, hot dog paling besar di dunia ini diberi nama ‘Gorilla Tango Novelty Meats’.  Beratnya adalah 3.18 kilogram dan dihasilkan di Chicago, Amerika Syarikat. Apa yang menariknya, hot dog ini dijual secara komersil dan penggemar hot dog boleh membelinya dan membawa balik untuk dinikmati di rumah atau di mana sahaja, kalau sanggup!!

peanut butter cup

4. Peanut Butter Cup paling besar di dunia

IKLAN

Penaut Butter Cup merupakan sejenis manisan yang dihasilkan menggunakan coklat dan mentega kacang sebagai bahan utamanya. Saiz manisan ini yang paling besar di dunia berdiameter 1.5 meter seberat 229 paun. Ia merupakan campuran 32 kilogram coklat dan 72 kilogram mentega kacang. Penaut Butter Cupo ini dihasilkan di Vermont, Amerika Syarikat oleh seroang pemilik kedai gula-gula, Nick Monte pada 2013.

pizza

5. Piza paling besar di dunia

Dihasilkan oleh warga Itali pada tahun 2012, pizza terbesar di dunia ini berdiameter 40 meter atau 131 kaki. Ia dihasilkan menggunakan 9,000 kilogram tepung gandum, 4,536 kilogram sos tomato, 3,993 kiloogram keju mozarela, 675 kilogram marjerin, 250 kilogram garam, 100 kilogram salad dan 25 kilogram cuka.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry