Kanak-kanak iniĀ terpaksa melupakan hasrat untuk mengenakan pakaian sebaliknya hanya mampu memakai kain sarung berikutan saiz dan berat badannya yang berlebihan.
Arya Permana, 10 yang dinamakan sebagai kanak-kanak paling gemuk di dunia memiliki berat badan 192 kilogram.
Dia mengambil makanan sebanyak lima kali sehari seperti nasi, ikan, daging, sup sayur dan tempe di mana saiz makanan itu bersamaan untuk dua orang dewasa.
Arya yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia juga terpaksa melupakan hasrat untuk bersekolah seperti kanak-kanak lain berikutan berat badan yang berlebihan menyukarkan pergerakannya.
Ibunya Rokayah berkata, Arya sering berada dalam keadaan lapar setiap hari.
āDia mempunyai selera yang besar dan mampu menghabiskan makanan dua orang dewasa dalam satu-satu masa.
āDia juga sentiasa keletihan dan sering mengadu sesak nafas. Rutin hariannya hanya makan dan tidur dan bila tidak melakuakn dua perkara itu, dia akan mandi di kolam dan duduk di kolam mandi selama beberapa jam,ā katanya memetik laporan Dailymail.
Kini ibu bapa Arya mengehadkan pengambilan makanannya dalam sehari dan hanya mengambil beras perang sahaja dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
āAnak saya membesar dengan pantas dan saya amat risau tentang kesihatannya. Saya tidak tahu bagaimana lagi cara untuk kurangkan berat badan Arya selain mengurangkan makanannya,ā kata Rokayah.
Arya merupakan anak kedua pasangan Rokayah, 35 dan suaminya Ade Somantri 45, yang merupakan seroang petani. Kanak-kanak itu bagaimanpun pada asalnya dilahirkan dengan berat badan normal iaitu 3.2 kilogram.
Sumber: Dailymail.uk