Seorang wanita dipaksa berjalan dalam keadaan bogel selepas kantoi bersama kekasihnya yang juga merupakan suami orang.

Dalam kejadian di Perm, Rusia itu, wanita terbabit terpaksa berjalan di jalan raya yang sibuk di pusta bandar itu sambil menutup dada dan kemaluannya dengan tangan.

Gambar wanita berkenaan dirakam oleh pejalan kaki yang melalui jalan berkenaan selepas menyedari kelibat wanita bogel itu.

IKLAN

bogel2

Media tempatan melaporkan, wanita berkenaan mengadakan hubungan sulit dengan lelaki yang sudah berkahwin dan isteri lelaki terbabit pulang ke rumah ketika mereka sedang berasmara menyebabkan dia terpaksa lari tanpa mengenakan pakaian bagi mengelakkan ditangkap.

Gambar wanita berkenaan kini menjadi virqal di media sosial dan ramai netizen memberikan pelbagai kritikan terhadap gambar berkenaan.

“Mungkin wanita ini terdesak mahukan seks dan bertindak berjalan dalam keadaan bogel untuk mendapatkannya.

bogel3

“Jiak benar dia melarikan diri daripada rumah kekasihnya, pasti dia akan menyambar sesuatu untuk menutup badannya dan tidak akan lari keluar berbogel begitu,” kata seorang netizen yang bernama KKT.

Perm merupakan sebuah bandar yang terletak di pinggir Sungai Kama di Rusia dan suhu persekitaran di Perm pada bulan Jun adalah sekitar 14 darjah selsius dan pada musim sejuk, suhu boleh mencecah -16 darjah selsius.