Kurang 24 jam selepas serangan berdarah di lapangan terbang di Istanbul Turki, Amerika Syarikat memulakan serangan udara yang menyasarkan pihak IS.

is1

Siri serangan udara yang dilancarkan di Fallujah, Iraq itu menyebabkan 250 anggota IS terbunuh dan ia dilancarkan selepas kesemua orang awam di selatan bandar itu dipindahkan serta merta.

is2

Menurut laporan Reuters, kenyataan daripada tentera Amerika Syarikat menganggarkan sekurang-kurangnya 250 anggota IS maut manakala sekurang-kurangnya 40 kenderaan musnah.

Serangan udara itu dilancarkan kurang daripada 24 jam selepas serangan bom di Lapangan Terbang Ataturk, Turki.

IKLAN

is3

Turki bagaimanapun menuding jari kepada pihak IS yang didakwa bertanggungjawab dalam serangan yang mengakibatkan 42 orang maut manakala ratusan lagi cedera.

is4

Walaupun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu, Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim berkata,  bukti yang ditemui menjurus kepada pihak Daesh yang menggunakan nama lain selain IS.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry