Bagi perantau yang pulang ke kampung halaman menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), stesen minyak sementara (mobile petrol kiosk) mula beroperasi di Hentian Sebelah Kijal.

LPT

Menurut kenyataan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), stesen sementara ini menyediakan dua pam (nozzle) sahaja dan hanya minyak petrol jenis Ron95 sahaja disediakan.

“Setesen minyak ini hanya bersifat sementara sahaja bagi memberi kemudahan kepada pengguna di LPT2 untuk mengisi minyak (kecemasan),” menurut kenyataan itu.

LPT 2

Pengguna bagaimanapun dinasihatkan agar memastikan kenderaan diisi minyak secukupnya bagi mengelakkan kesesakan di stesen sementara itu.

Sebelum ini, Hentian Sebelah Kijal masih belum mempunyai stesen minyak untuk membekalkan minyak kenderaan kepada pengguna.

IKLAN

LPT 3

Ini kerana, stesen minyak di hentian berkenaan masih lagi dalam proses pembinaan.

LPT2 kini menjadi laluan utama pengguna jalan raya yang ingin menuju ke negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan.

LPT 4

LPT fasa 1 pula sudah mula beroperasi sepenuhnya pada 2012 untuk akses perhubungan ke negeri Pahang dan Terengganu. Panjangnya 183 kilometer dan mempunyai 10 plaza tol.

Jajaran LPT ini turut menjadi pilihan laluan alternatif bagi pengguna yang ingin menuju ke Kelantan terutamanya pada musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan di laluan Raub – Gua Musang – Jeli – Kota Bharu.

Sumber: LLM

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry