Lebaran bakal menjelma lagi! Para ibu kini mula memanaskan dapur dan ketuhar mereka dan tangan-tangan pula mula penuh dengan salutan tepung untuk menyediakan juadah biskut raya.

Bagi si bapa pula, masa ni merupakan masa yang paling sibuk dalam satu tahun. Apa taknya, merekalah yang akan dikerah untuk mendapatkan ramuan dan bahan keperluan ibu di dapur.

Daripada mencari buluh lemang, sampailah ke daun ketupat!! Memang  penat tapi bila mengingatkan anak cucu nak balik beraya, semua penat hilang netah ke mana.

IKLAN

bambu2

Bagi kanak-kanak mula, minggu terakhir Ramadhan inilah yang menjadikan malam-malam mereka sangat hidup dan meriah.

Sebabnya setiap malam bermulanya minggu terakhir ni aktiviti diorang ni memang menarik sampai kadang-kadang orang dewasa pun boleh join beb.

Mula-mula, aktiviti yang wajib diorang buat ialah sediakan pelita untuk menerangi halaman rumah. Cerita pasal pelita ni, dalam banyak-banyak pelita yang paling rare dah sekarang ialah pelita buluh.

Setakat pelita plastik tu memang bersepah dijual di pasar raya dan pasar Ramadhan, tapi kurang cool la berbanding pelita buluh..nostalgia nih.

So kita kongsikan cara untuk memnghasilkan pelita buluh yang legend nih. Cubalah buat…
Peralatan yang diperlukan:

1. parang

2. gergaji

3. tali

4. sumbu pelita

5. tin air minuman

6. gunting

IKLAN

7. gerudi eletrik atau bateri

8. sarung tangan

Cara-cara membuat:

Mula-mula pakai sarung tangan untuk keselamatan disamping mengekalkan kelembutan tangan korang. Potong buluh menggunakan gergaji mengikut panjang yang anda inginkan.

buluh2

Langkah seterusnya ialah menebuk lubang menggunakan gerudi pada setiap ruas buluh untuk dijadikan tempat meletak sumbu. Anda boleh buat seberapa banyak sumbu yang anda mahukan, tapi ingat lagi banyak sumbu lagi cepat habis minyaknya.

buluh4

Lepas tu potong tin minuman aluminium, jadikan dalam bentuk kepingan gulungkan. Selepas digulang  dan masukkan sumbu pelita ke dalam gulungan tin tadi sebelum  dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk pada buluh.

buluh3

Pada hujung bulung sama baris dengan lubang sumbu tadi, tebukkan satu lubang untuk diisikan dengan minyak tanah/ diesel.

P1190243

Lepas tu masukkan minyak tanah/ diesel ke dalam buluh. Dah siap…pelita ni boleh digantung atau diletakkan pada tapak kayunya. Selamat mencuba.

Foto: Assoyfinger67