Sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya dinantikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia dan pada bulan Syawal ini jugalah boleh dikatakan semua akan mula ‘membalas dendam’ di meja makan.

Maklumlah dah sebulan berpuasa ditambah pula dengan hidangan yang ada di antaranya hanya dijumpai pada Hari Raya sahaja.

raya5

Pasti keinginan untuk makan dengan banyaknya membuak-buak apatah lagi bila kesemua juadah sedia terhidang.

Namun dalam keghairahan menikmati juadah Hari Raya, perlu diingat juga akan jangan terlalu gelojoh dan hanya makan sekadar termampu sahaja.

raya4

Bukan apa bimbang nanti gelojoh sangat makan sampai trsedak habis berterabur keluar semua isi perut kat rumah orang tak ke naya!!

IKLAN

Sempena sambutan Hari Raya ini, apa kata korang amalkan tips pemakanan yang sihat di Hari Lebaran yang boleh anda amalkan.

1. Alas Perut Sebelum Keluar Beraya

Mulakanlah Hari Raya anda dengan menikmati minuman yang segar seperti jus buah-buahan dan air masak untuk mengelakkan anda daripada makan secara berlebihan.

raya1

2. Mulakan Dengan Ringkas & Perlahan-lahan

Makan secara ringkas dengan menikmati makanan dalam jumlah yang kecil seperti ketupat dan buah-buahan terlebih dahulu. Ambil masa ketika menikmati makanan kerana otak memerlukan masa untuk merekodkan tahap kekenyangan dan kunyah secara perlahan agar makanan tersebut dapat dicerna dengan sempurna.

raya2

3. Sedikit Dalam Setiap Hidangan

IKLAN

Walaupun anda berada di rumah sendiri ataupun rumah terbuka, pasti terdapat banyak hidangan untuk menjamu selera. Jika anda ingin untuk merasa kesemuanya, ambillah dalam jumlah yang sedikit bagi setiap hidangan. Jangan penuhkan pinggan dengan makanan pada satu masa, namun jika teringin, ambillah makanan yang belum dicuba selepas satu ketika. Gunakan pinggan yang kecil kerana ia memberi tanggapan kepada minda bahawa anda menikmati makanan dalam jumlah yang banyak.

raya3

4. Bersederhana Dengan Protein

Apabila menyentuh sajian daging, tentunya terdapat pelbagai pilihan yang disediakan. Rendang rasanya lebih berlemak kerana terdapat penggunaan santan dan sangat sesuai dinikmati dengan nasi. Pastikan anda mengawal kombinasi ini kerana ia agak berat untuk perut anda. Ambil banyak daging putih seperti ayam dan ikan manakala untuk daging merah seperti lembu dan kambing, ambillah secara sederhana.

Sumber: Jab. Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Universiti Malaya

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry