Bagi peminat motosikal berkuasa tinggi di luar sana sudah pasti akan ternanti-nanti taruhan terbaru jentera dua roda daripada Hong Leong Yamah Malaysia Sdn Bhd (HLYM) bagi memeriahkan lagi industri permotoran di negara ini.

tracer

Kali ini, HLYM mempertaruhkan jentera dua roda terbaru dalam kelas motosikal Touring yang dijangka bakal menandingi jentera keluaran Kawasaki, Versys 650.

IKLAN

Dijanakan oleh enjin 3 silinder sebaris, MT-09 Tracer ditala aagar lebih sesuai dengan karakter sport touring bagi memenuhi pasaran motosikal berkuasa tinggi middleweight.

tracer2

Dengan berat 190 kilogram, MT-09 Tracer ini juga dijangka akan menandingi jentera dari eropah, Triumph Street Triple dan MV Agusta Dragster.

Enjin tiga silinder 113bho ini turut dilengkapi dengan sistem khas TCS atau Traction Control System untuk memberikan kepuasan menunggang yang maksimum.

tracer3

Ia juga dilengkapi dengan sistem Antilock Braking System (ABS) serat turut mengekalkan tiga mod menunggang. Antara ciri tambahan lain yang ditala pada jentera ini ialah saiz tangkinya yang agak besar dengan kapasiti 18 liter bagi memaksimumkan jarak tunggangan untuk perjalanan yang jauh.

tracer4

Untuk memberikan keselesaan menunggang, MT-09 Tracer turut dilengkapi dengan penghadang angin serta tongkat tengah untuk kemudahan penunggang.

Keadaan hendalnya yang agak tinggi juga memberi kelebihan serta keselesaan kepada penunggang untuk perjalanan yang jauh di mana kedudukan penunggang agak tegak dan pastinya akan memberikan keselesaan.

tracer5

parameter enjin model Tracer bagaimanapun ditala supaya lebih sesuai dengan karekteristik sport touring.

Sports touring ini dijual pada harga RM59,900 tak termasuk cukai jalan dan insurans. Ia akan berada di pengedar Yamaha terpilih bermula pertengahan Julai nanti. Setakat ini hanya warna biru (RACE BLU) sahaja ditawarkan.

IKLAN