Seorang pekerja zoo maut selepas dibaham harimau di Zoo Terra Natura, Benidorm, Sepanyol yang merupakan salah satu tarikan pelancong di negara itu.

Tragedi berdarah itu berlaku di kandang haiwan berkenaan kira-kira jam 5 oetang waktu tempatan di mana ketika kejadian zoo berkenaan menerima pengunjung seperti biasa.

tiger1

Menurut laporan media tempatan, wanita malang berusia 37 tahun itu meninggalkan pintu kurungan haiwan berkenaan terbuka dan terlepas pandang akan perkara itu.

Walaupun kurungan haiwan berkenaan berada di kawasan tumpuan pelancong, namun tiada saksi yang melihat kejadian ngeri itu.

tiger2

Pasukan penyelamat dihubungi oleh pihak zoo dan bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan, namun wanita berkenaan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi.

IKLAN

Mayat wanita malang itu hanya boleh dikeluarkan selepas harimau yang berada dalam kandang itu diberikan ubat pelali dan siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian sebenar wanita berkenaan.

tiger3

Jurucakap zoo terbabit mengesahkan kejadian itu dan berakata pihak Zoo Terra Natura amat menyesali tragedi yang menimpa petugas zoo berkenaan.

“Taman Haiwan dan Alam Terra Natura Benidorm amat kesal dengan kematian pekerja yang sedang bertugas di zoo ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa.

“Kesemua kakitangan zoo masih terkejut dan sangat-sangat terkesan dengan berita tragis ini. Kejadian berlaku pada jam 5 petang di dalam kurungan harimau yang hanya boleh diakses oleh kakitangan berkenaan sahaja dan ketika kejadian tiada pengunjung di situ,” katanya memetik laporan Dailystar.uk.

asia2

Malah katanya, pihak zoo memberikan panduan dan protokol keselamatan yang ketat untuk menjaga haiwan terutamanya dari spesis ganas.

“Hasil siasatan awal mendapati, tanpa diketahui sebabnya penjaga berkenaan bertembung secara langsung dengan haiwan itu ketika menjaankan kerja-kerja pembersihan di dalam kawasan kurungan.

IKLAN

“Sebaik sahaja pihak kami menerima laporan tentang kejadian itu, kami menghubungi pasukan keselamatan dan mereka dengan pantasnya memberikan pelali kepada haiwan berkenaan. Malangnya pasukan keselamatan hanya mampu mengesahkan kematian pekerja itu selepas mereka tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry