Seorang wanita warga emas bertindak biadap apabila memarahi seorang budak yang menjual gula-gula di perkarangan kedainya di California, Amerika Syarikat.

Tindakan wanita berkenaan bagaimanapun disedari seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan itu sebelum bertindak membeli kesemua gula-gula yang dijual kanak-kanak berkenaan.

IKLAN

tua2

Video kejadian itu bagaimanapun dirakam oleh salah seorang pejalan kaki dan video berdurasi 54 saat itu kini menjadi viral di media sosial.

Pada awa kejadian, wanita berkenaan dilihat menghampiri budak penjual gula-gula berkenaan sebelum bertanya sama ada budak terbabit mempunyai lesen perniagaan atau tidak.

tua3

Sejurus selepas itu, wanita tua berkenaan kemudian dengan biadapnya mula menjerit dan melemparkan kata-kata kesat kepada budak tersebut.

Orang ramai mula melihat kejadian itu sebelum salah seorang lelaki daripada kumpulan berkenaan menegur wanita berkenaan dan menyatakan perbuatannya tidak sepatutnya dilakukan dan ianya adalah salah.

tua4

Orang ramai yang ada di situ mula menyokong kata-kata lelaki terbabit dan meminta wanita tua itu agar tidak mengganggu budak lelaki penjual gula-gula berkenaan.

Lelaki yang bertengkar dengan wanita berkenaan kemudiannya bertanyakan budak penjual gula-gua itu harga kesemua gula-gula yang dijual sebelum membeli kesemuanya.

Tindakan lelaki berkenaan mendapat pelbagai pujian manakala wanita tua terbabit bagaimanapun menerima kritikan di media sosial.