Seorang pesara tentera terpaksa melepaskan ratusan das tembakan ke arah seekor helang yang tersangkut di sebatang pokok demi menyelamatkan haiwan malang itu.

eagle

Jason Galvin yang pernah dua kali berkhidmat di Afghanistan bersama tentera Amerika Syarikat sedang berburu ketika terjumpa helang yang tergantung di atas pokok berkenaan, lapor Dailymail.

Kaki haiwan malang berkenaan tersangkut pada seutas tali yang dilihat tersimpul pada salah satu dahan di pokok berkenaan.

eagle1

Galvin mengganggarkan haiwan itu tersangkut pada ketinggian kira-kira 75 kaki daripada tanah.

Burung berkenaan juga dipercayai sudah tersangkut di pokok itu ebih daripada dua hari namun ia masih bernyawa.

IKLAN

eagle4

Penduduk tempatan sebelum itu bertindak menghubungi Jabatan Sumber Asli Minessota, pihak polis dan juga Jabatan Bomba, namun tiada apa yang mereka boleh lakukan dengan ketinggian itu.

Galvin pada mulanya hanya berlawak dengan isterinya untuk menembak jatuh haiwan berkenaan, namun isterinya meyakinkannya untuk melakukan tembakan itu bagi menyelamatkan haiwan malang terbabit.

eagl5

Galvin mengambil masa kira-kira 90 minit dan melepaskan kira-kira 150 das tembakan yang disasarkan kepada tali di kaki burung helang itu.

Tembakan yang terakhir berjaya menjatuhkan haiwan berkenaan yang kemudiannya dikejarkan ke pusat pemuliharaan helang untuk dirawat.

eagle6

Spesis burung helang botak itu merupakan spesis terancam dan diwartakan sebagai haiwan yang dilindungi di Amerika Syarikat.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry