Sepasukan ahli arkeologi telah membuat penemuan yang menakjubkan apabila menemui 87,000 artifak termasuk alat kerinting rambut dan juga mangkuk pada era revolusi Amerika.

Penemuan itu dibuat selepas pasukan terbabit menggali tandas berusia 250 tahun di Philadelphia, Amerika Syarikat.

jamban2

Kumpulan Warisan Komanwel membuat penemuan menakjubkan itu di kawasan baru untuk pembinaan muzium revolusi Amerika yang dijangka akan dibuka pada tahun hadapan.

12 tandas yang dibina daripada batu bata itu digali dalam jarak hanya dua blok dari Dewan Kemerdekaan Philadelphia, lapor Huffington Post.

jamban3

Penggalian yang mula dibuat pada tahun 2014 itu masih diteruskan di mana pasukan ahli arkeologi terbabit membuat pencarian artifak revolusi Amerika yang sudah lama hilang.

IKLAN

Kebanyakan artifak itu ditemui di kedai minuman yang terletak di lokasi sama Philadelphia Street pada tahun 1700an.

jamban5

Antara penemuan yang menarik ialah mangkuk yang menunjukkan lukisan kapal Tryphena yang berlayar dari Philadelphia ke Liverpool, England pada tahun 1765.

Kebanyakan harta yang itu ditemui itu adalah berkaitan dengan perniagaan tempatan termasuk percetakan dan kerangan laut daripada kedai butang.

jamban4

Artifak yang dtemui hasil penggalian itu dijangka akan dipamerkan di muzium yang akan dibuka pada tahun hadapan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

IKLAN