Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

“Mereka Kata Saya Gila Robohkan Rumah Pusaka”- Wak Doyok

by Phic ARMAN
March 2, 2017
Share on Facebook

Kejayaan Wok Doyok yang dikecapi sehingga hari  ini sememangnya boleh jadi sumber inspirasi untuk semua. Tidak kira apa jenis bidang sekalipun kita ceburi tetapi jangan lupakan ibu bapa.

Sebelum ini, kisah Wak Doyok membina rumah banglo untuk ibubapanya telah menyentuh hati ramai peminat beliau. Namun di sebalik usaha murni beliau, ada kisah yang perlu dijadikan teladan buat semua.

Ini kisah di sebalik rumah banglo ibubapa Wak Doyok.

Rumah ini dibina oleh bapa dan datuknya dan mereka berdua telah membinanya dengan kos RM5,000 sahaja pada tahun 1973.

Hari demi hari rumah ini menjadi usang kerana sudah 40 tahun usianya. Pada enam tahun dulu Wak Doyok sering diperli oleh jiran-jiran kerana rumahnya sering dilanda banjir di dapur akibat dari rumah jiran-jiran yang membina tambak tanah yang tinggi.

Mereka sering perli dengan mengatakan dirinya mengabaikan keluarga,

“Mereka sering berkata pada aku. Kasian mak kau tu buang air banjir, buat lah rumah dah femes lepaskan diri sendiri je.”

Wak Doyok hanya berdiam diri dan tidak berkata mampu tersenyum sahaja.

“Mereka ingat jadi celebriti terus kaya.!Tidak semudah itu kalau tiada usaha masakan boleh capai bintang di langit” ujarnya.

Lalu dia tekad dalam dirinya untuk terus berusaha dan akhirnya perniagaannya semakin maju. Dia mula menabung untuk membina rumah ibubapanya selama 4 tahun.

[VIDEO] Remaja Lari Lintang-Pukang Dikejar Anjing Buat Netizen Terhibur- "Baju Biru Tu Punca"

Apabila tiba masa dia mula untuk merobohkan rumah itu, ramai jiran-jiran dan saudara mara tidak berpuas hati mereka mengatakan tindakannya seperti orang tidak waras kerana merobohkan rumah pusaka. Sebab mereka tidak mempercayai dia mampu untuk membina rumah sendiri.

Setelah rumah itu siap 98%, ramai pula yang datang mengaku saudara.

“Bila rumah ini sudah siap 98% hanya tingga pagar dan pool. Ramai yang datang mengaku saudara. Aku terima hati yg terbuka kedatangan mereka tidak simpan sedikit pun dendam melihat perbuatan mereka dulu. Siapalah aku untuk menghukum mereka bagi aku yang baik datangnya dari Allah.”

Katanya melalui gambar yang dimuatnaik ke akaun Instagramnya.

Perkongsian kisah Wak Doyok ini menerima reaksi berbentuk sokongan oleh pengikutnya di Instagram. Rata-rata pengikut Wak Doyok menasihatnya supaya banyak bersabar dengan orang yang suka mengata, yang penting beliau sudah membahagiakan orang tuanya.

Sumber

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
artisgosipHiburanSelebritiViral
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara