Penyanyi yang pernah popular dengan lagu “Langit Ketujuh”, Sharifah Zarina kelihatan semakin langsing dan anggun. Menurut Zarina, dia tidak makan nasi sejak tiga tahun yang lalu dan rajin bersenam bagi menjaga penampilan.

Sebenarnya, saya tidak makan nasi sejak tiga tahun lalu. Boleh dikatakan, saya menjalani diet karbohidrat. Selain itu, saya juga rajin bersenam di gimnasium. Aktiviti kegemaran saya pula adalah berzumba.

View this post on Instagram

RTW by @keqasehbyanas .cantik u olsss mmg cantik. Diknon suka sgt.tq anas

A post shared by Sharifah Zarina (@sharifahzarina_official) on

IKLAN

Hasilnya, kini berat badan saya menjadi 58 kilogram (kg). Saya turun 11kg sejak beberapa tahun lalu. Sasaran saya adalah untuk menurunkan berat badan sehingga 55kg kerana itu berat ideal saya. Usaha ini juga disebabkan keinginan untuk kembali aktif menyanyi.

View this post on Instagram

Nyawa cinta & jiwa

A post shared by Sharifah Zarina (@sharifahzarina_official) on

Perkembangan Terbaru

Bertanya mengenai perkembangan terbaru, ibu kepada tiga orang anak ini berkata dia bakal berkolaborasi bersama penyanyi dan pencipta lagu Ippo Hafiz bagi menghasilkan single terbaharunya nanti.

Projek ini masih diperingkat perancangan awal, saya baru hubungi Ippo Hafiz, saya suka sangat lagu-lagu dia, katanya.

Sumber