Sepertimana yang kita tahu, kedua-dua selebriti sememangnya popular dengan karier masing-masing. Walaupun suatu ketika dahulu kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi oleh kerana seorang lelaki, namun biarlah ia menjadi sejarah pahit yang tidak di ungkit semula.

Nampaknya dalam minggu ini di dada akhbar mahupun berita dalam talian mengeluarkan berita berkenaan dengan kedua-dua selebriti jelita ini. Walaupun kedua-duanya mempunyai isu yang berbeza tetapi seolah-olah ia mengimbau kembali apa yang terjadi pada kedua-kedua selebriti ini.

View this post on Instagram

❤🌹 . . Adik @alhaalfa sayang.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Semalam Fasha Sandha telah menfailkan perintah injuksi untuk menghalang Rizal Ashram atau Jejai daripada terus menganggu privasinya. Menerusi permohonan itu, Fasha memohon Mahkamah Tinggi Syariah menghalang Jejai menganggunya secara percakapan, termasuk mesej atau laman sosial.

IKLAN

Pada masa yang sama, kita dikejutkan dengan pengumuman dari pelakon jelita Nora Danish yang mahu menamatkan zaman janda dengan pilihan hatinya Nedim Nazri  pada 30 Mac ini selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Kehidupan ini ada pasang dan surutnya. Adakala kita akan berduka dengan takdir yang telah tertulis bahawa jodoh itu rahsia Tuhan dan kita kena lebih kuat dan teruskan kehidupan. Tetapi ada satu ketika kita akan mengecapi kebahagiaan yang tidak di duga kehadirannya. Jadi bersyukurlah.

Mungkin menjadi kebetulan apabila Fasha dan Nora menjadi tumpuan media sejak akhir-akhir ini dengan isu yang berbeza. Kedua-dua mereka merupakan bekas isteri kepada Jejai.

IKLAN

Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.

Tahniah ducapkan kepada Nora dan Nedim, akhirnya pasangan sensasi ini bakal ke jinjang pelamin. Pada Fasha, semoga dia mendapat pembelaan dari bekas suami yang menceroboh privasinya sama ada secara bersendirian mahupun ditemani keluarga.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry