Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Michelle Yeoh Terima Pingat Legion d’Honneur Dari Perancis Buat Kali Ketiga

by Soph Azz
March 29, 2017
Presiden François Hollande bersama Tan Sri Michelle Yeoh. Foto - Facebook/Michelle Yeoh

Presiden François Hollande bersama Tan Sri Michelle Yeoh. Foto - Facebook/Michelle Yeoh

Share on Facebook

Sekali lagi mengharumkan negara, aktres jelita kelahiran Malaysia yang bijak mengembangkan bakatnya di peringkat antarabangsa ini dikhabarkan telah menerima pingat Legion d’Honneur ketiga dari Perancis berikutan segala sumbangannya dalam industri perfileman dan kebudayaan.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden Francois Hollande dalam sebuah majlis di-raja di kediaman duta besar Perancis. Michelle dianugerahkan dengan darjah ‘the Commander of the Legion d’Honneur.

Ibunya, Datin Janet Yeoh serta iparnya Megan Yeoh turut menemaninya ke majlis tersebut. Duta Besar Perancis, Christophe Penot turut hadir sama.

Yeoh, 54, sebelum ini dikurniakan ‘Knight’ dan ‘Officer’ anugerah berprestij itu oleh kerajaan Perancis masing-masing pada 2007 dan 2012.

Foto – Facebook/Michelle Yeoh

Muncul dengan pakaian gemilang hijau zamrud rekaan Elie Saab, aktres itu berkata ia benar-benar satu penghormatan buatnya daripada Hollande.

Anugerah the Legion d’Honneur diwujudkan oleh pemimpin tentera dan emperor Perancis Napoleon Bonaparte pada 1802.

Ia mengandungi lima darjah termasuklah Chevalier (Knight), Officier (Officer), Commandeur (Commander), Grand Officier (Grand Officer) dan Grand’Croix (Grand Cross).

Warga Malaysia lain yang menerima anaugerah the Legion d’Honneur termasuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2010 serta ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes pada 2010 dan 2013.

SUMBER 1, & 2

Jenama Baju Michelle Yeoh Bukan Biasa-biasa, Gaun Kuning Ini Pernah Dipakai di Paris!
Michelle YeohPerancisPingat Legion d’HonneurPresiden Francois HollandeTan Sri Michelle Yeoh Dianugerahkan Darjah "Commander of the Legion d’Honneur"
https://lomp.at/nji6n
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Inspirasi

Nikmati Karya Agung Moden Muzium San Francisco Secara Langsung Di Rumah, Seluruh Dunia!

by Nurul A.
April 1, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan perkongsian baharu antara Samsung Art Store dan Muzium Seni Moden San Francisco (SFMOMA). Pengguna kini...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara