Crtistian Ronaldo menjadi kegilaan para wanita kerana wajah tampan dan aksi hebatnya beraksi sebagai pemain bola sepak di Portugal. Baru-baru ini Cristiano Ronaldo telah mendapat kehormatan khas dengan menamakan sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan namanya sendiri.

Ronaldo datang merasmikan penggunaan namanya itu untuk menggantikan nama Lapangan Antarabangsa Madeira. Kini lapangan terbang tersebut dinamakan sebagai Aeroporto Cristiano Ronaldo. Semasa perasmian tersebut, terdapat sebuah patung direka khas sebagai tanda simbolik.

IKLAN

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah patung khas wajah Cristiano. Patung tersebut memang kelihatan agak aneh kerana tidak serupa dengan pemain Real Madrid itu.

Gambar patung Cristiano Ronaldo ini jadi viral dan dikritik secara agresif oleh netizen. Namun tiada siapa dari pihak bertanggungjawab bersuara untuk menggantikan patung tersebut walaupun ia kelihatan sangat memalukan.

Sumber