6 Artis Lelaki ‘Hot’ & Masih Bujang Pada Usia 40an

353
KONGSIAN

Pernikahan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Ia memerlukan persiapan dan persediaan mental yang baik untuk membina sebuah rumah tangga. Oleh kerana itu banyak pasangan yang melengah-lengah waktu untuk menikah kerana belum cukup bersedia memikul tanggungjawab besar setelah berkahwin.

Namun 6 artis dari Malaysia masih belum berkahwin sekitar 40 tahun ke atas. Itulah yang dinamakan jodoh, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Semuanya sudah tertulis cuma kita tidak tahun dengan siapa dan bila akan terjadi.

Jom lihat siapakah selebriti di Malaysia yang masih bujang dan tampan mungkin jodoh wanita di luar sana.

1. Anuar Zain, 47

Memang sukar untuk memperkatakan tentang penyanyi lelaki yang seorang ini, dia memang cukup berahsia tentang hal peribadinya terutama kisah cinta.

Dalam usianya sudah menghampiri usia 50an, Anuar tetap sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi tersohor. Pernah dikaitkan dengan nama-nama besar menjalinkan hubungan cinta seperti Dayang Nurfaizah dan Siti Nurhaliza suatu ketika dahulu.

Menurut artikel dari Utusan Online, Anuar pernah berkongsi kisah silamnya di mana dia pernah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis sekitar tahun 2000. Ketika itu dia berusia 25 tahun manakala gadis itu pula 19 tahun. Wanita itu sendiri menyuarakan kesediaannya untuk menjadi isteri Anuar.

Walaubagaimanapun ketika itu Anuar belum bersedia kerana karier baru bermula.

2. Hans Isaac, 46

Siapa tak kenal dengan pelakon kacak ini yang digilai ramai wanita. Hans tidak seseakali hilang auranya dalam dunia lakonan. Lakonan terbarunya dalam filem J Revolusi membuktikan dia masih gemilang dalam dunia perfileman. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan jelitawan dari Malaysia seperti Erra Fazira, Neelofa dan bekas ratu cantik, Elane Daly.

Setelah sekian lama hidup solo, akhirnya Hans Isaac mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihan hati, Aileen Gabriella Robinson yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Pelancongan pada 29 Julai depan. Berita gembira tersebut telah diumumkan menerusi satu sidang media khas di sebuah hotel yang turut ditemani Gabriella.

3. Mahmud Ali Bashah, 47

Mahmud Ali Bashah bukanlah nama asing dalam industri tanahair. Wajahnya sentiasa muncul di kaca TV menerusi drama dengan memainkan pelbagai watak. Kini beliau sudah berusia 47 tahun dan masih belum bertemu dengan pilihan hati. Beliau masih aktif dalam dunia lakonan dan kini sibuk menjalankan perniagaan sendiri.

4. Zamani Slam

Ketika Zamani dalam usia remaja sebagai vokalis kumpulan Slam, beliau menjadi kegilaan ramai wanita sehinggakan ada yang hampir histeria tatkala melihat dia melakukan persembahan di pentas. Pernah mencetuskan kontroversi dengan penyanyi No 1 Negara iaitu Datuk Siti NUrhaliza sebelum ini. Gosip mengatakan mereka berdua bercinta hangat sekitar tahun 1997-1998 namun mereka berdua tidak pernah mengesahkan gossip tersebut.

Menerima kenyataan bahawa jodohnya masih belum tiba, Zamani bagaimanapun berharap dipertemukan dengan wanita yang boleh menerima diri beliau seadanya. Zamani menerusi media hiburan telah memaklumkan yang dia dah bersedia untuk mendirikan rumahtangga sama seperti insan lain, dan sifatkan dirinya bukan jenis lelaki yang memilih. Buat masa ini Zamani belum ada calon, yang ada cuma kawan-kawan saja.

5. Rem

Satu ketika dahulu, nama penyanyi yang berasal dari Sibu, Sarawak ini cukup popular manakala lagu-lagunya seperti Selingkar Kasih dan S.O.T (Semua Orang Tahu) sering kali menjadi siulan peminatnya. Menurut artikel dari Mstar Online, Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, 42, masih belum merancang untuk menamatkan zaman bujang. Dia menyerahkan perkara itu kepada Allah dan sekiranya menemui gadis yang menepati ciri-ciri idamannya, dia tidak teragak-agak untuk terus berkahwin.

6. Azwan Ali

Azwan Ali memang terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara dan mengkritik orang. Azwan Ali atau nama sebenar Mohamed Azwan Haji Ali dilahirkan pada 13 Februari 1966 sangat aktif di media sosial.

Suatu ketika dulu pernah Azwan pernah menaruh hati pada penyanyi popular Ziana Zain. Ketika Azwan Ali bukanlah Azwan Ali yang sekarang kerana dahulu dia berperwatakan macho dan boleh dikatakan lelaki yang bergaya. Sayangnya perasaan cinta dan kasih sayang Azwan Ali terhadap Ziana Zain telah di”reject” ketika itu.

6 artis dari Malaysia ini sememangnya masih tampan dan segak namun malangnya belum ada lagi yang mencuri hati mereka. Apa-apa pun dalam hati kita tertanya-tanya adakah jika kita punyai wajah yang tampan dan ada kerjaya yang baik maka berat jodoh?

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN