Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Azri Mengaku Tidak Bersalah Dera Anak Tiri Berusia 10 Tahun

by Phic ARMAN
April 14, 2017
Share on Facebook

Berita yang sangat menyedihkan dan cukup dikesali apabila anak diperlakukan kejam sebegini. Penderaan terhadap kanak-kanak tidak seharusnya berlaku dan pesalah patut dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.

Azri atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah bukan lah nama asing dalam dunia seni tanah air. Dia pernah menjadi finalis bagi sebuah program realiti TV popular seketika dahulu.

Hari ini dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, tahun lalu.

Mohammad Azri, 30, suami kepada Juara 3 Suara TV3, Salma Andi-Asis, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.

Dipetik dari laporan Harian Metro, Mohammad Azri didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang kini berumur 10 tahun dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, jam 8 pagi, pada 5 Mei 2016.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Ini merupakan perkahwinan yang pertama buat Azri dan kedua buat Salma. Mangsa merupakan anak kepada Salma semasa perkahwinan dengan suami pertama.

Sumber

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
3 juara tv3akademi fantasiaazri Af9azri dan salmaazri dera anakdera anakpenderaansalma mentorViral
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

FAKTA

11 Tahun Berlalu, Miksudiar Masih Trauma: Kes Jaslinda Kembali Ingatkan Tragedi Pos Toho

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Kes kehilangan wanita, Jaslinda Saludin yang ditemui selepas 14 hari sesat di kawasan hutan berhampiran Pos Musoh baru-baru ini kembali...

Read moreDetails
Berita

Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Saluran TV6 RTM yang menjadi rumah kepada pelbagai rancangan klasik dan nostalgia buat rakyat Malaysia akan menamatkan siarannya bermula 1...

Read moreDetails
Update

[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao

by Phic ARMAN
June 8, 2026

Sebuah video yang memaparkan detik-detik cemas murid sekolah ketika gempa bumi bermagnitud 6.2 menggegarkan luar pantai Mindanao, Filipina, tular di...

Read moreDetails
Berita

Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Dunia seni tanah air sekali lagi menerima berita duka apabila Rozaiman Aziz, anak sulung kepada seniman legenda Allahyarham Datuk Aziz...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara