Isu sering berbangkit semula antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan seperti tidak akan berakhir. Selepas bercerai pada tahun 2013, mereka seperti tidak boleh move on dengan kehidupan baru.

Terbaru, Aidil telah memuatnaik komen Rita di laman Instagramnya. Jelas sekali, komen itu sememangnya mahu ditujukan kepada bekas isterinya yang tidak henti-henti melemparkan kata-kata negatif.

Terdahulu Rita meninggalkan komen dengan mendakwa isteri bekas suaminya, Zarema dalam kesedihan bersuamikan Aidil Zafuan jenis lelaki suka buat pusingan u-turn.

IKLAN

Terpalit dengan komen negatif ini, Aidil membalas dengan memberi amaran pada bekas isterinya supaya tidak menggangu hal peribadinya lagi. Aidil turut menegaskan bahawa mati hidup semula sekalipun dia tidak akan balik pada Rita. Hangat ni!

Apa yang penulis boleh katakan, ambil yang jernih buang yang keruh. Jangan toleh ke belakang, terus ke depan untuk mencari kebahagiaan baru bukan mengungkit kisah lama sehingga boleh menyebabkan perbalahan antara satu sama lain.

Sumber