Angelina Jolie, Megan Fox atau Scarlett Johansson biasanya akan menjadi idola untuk kaum wanita kerana keseksian bibir mereka. Malah ada yang sanggup untuk membuat pembedahan plastik bagi mendapatkan bentuk bibir yang sama seperti idola mereka. Namun kini bukan hanya selebriti yang menjadi contoh wanita dalam melakukan operasi bibir.

Haiwan seperti lembu atau kerbau juga menjadi ikutan. Krachap lips, demikian nama pembedahan plastik yang menjadi tren di Thailand.

IKLAN

Dalam lima tahun terakhir ini permintaan untuk pembedahan plastik dengan nama Krachap lips itu semakin banyak diterima oleh klinik kecantikan yang boleh menjalankan pembedahan plastik terhadap wajah. Prosedur tersebut dikenali sebagai Krachap kerana bentuknya mirip seperti tanduk kerbau.

Permintaan untuk melakukan pembedahan sangat tinggi dari kalangan wanita dan menimbulkan kebimbangan para pakar bedah plastik.

Pembedahan krachap lips adalah prosedur pemotongan bentuk bibir atas sehingga terbentuk lebih nipis.Kebanyakkan wanita yang melakukan prosedur ini menginginkan bibir atas yang nipis dan tak terlihat ketika sedang tersenyum.

Rata-rata mereka yang melakukan prosedur ini percaya bahwa krachap lips ini boleh membantu penampilan mereka dan membuat mereka terkenal.

Sumber