Lagak model Playboy memang tidak disangkal tanpa rasa malu mendedahkan susuk tubuh mereka di helaian majalah tersebut.
Lain pula kisah dengan seorang model Playboy New Zealand, Jaylene Cook dimana dia memuat naik gambar bogel selepas berjaya menawan puncak Gunung Taranaki  yang berketinggian 2518meter. Gambar tersebut dirakam oleh teman lelaki yang juga seorang jurugambar, Josh Shaw.

Tindakan Jaylene itu mencetuskan kritikan dari kaum Maori kerana ia tidak menghormati budaya Maori. Gunung Taranaki merupakan suatu tempat suci bagi kaum Maori dan menurut salah seorang penduduk tempatan mereka tidak pernah mendaki gunung tersebut diatas kepercayaan nenek moyang. Namun mereka tidak menghalang untuk sesiapa ingin mendaki, apa yang perlu lakukan ialah berkelakuan sopan sepanjang berada diatas sana.

IKLAN

Gambar yang dimuat naik dilaman Instagram Jaylene kini mendapat like lebih dari 16,000.
Dari kapsyen gambar tersebut, Jaylene bangga dengan pencapaian dia dan menganggap ini diantara perkara yang paling susah dia pernah hadapi.

SUMBER