Tidak seperti artis-artis tanahair yang lain, pendekatan yang digunakan pelakon dan personaliti popular Que Haidar bersedekah kepada golongan yang memerlukan sebelum menjelang hari raya harus dipuji. Kerjasama dilakukan bersama pengeluar baju Melayu, Qierahman, dengan mengagihkan koleksi terbaru mereka kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Kredit Foto: Harian Metro

Lebih terharu apabila program ini turut disertai oleh isteri dan anak-anak Que di mana mereka juga berasa teruja untuk menjalankan program amal ini.

IKLAN

“Pada saya mendekati golongan gelandangan bersama anak-anak memberi peluang mereka melihat sendiri betapa bertuahnya diri mereka dengan kehidupan dan rezeki yang diberikan.

“Pengalaman sepanjang program itu dilaksanakan, saya harap mereka lebih matang berfikir mengenai hidup dan menjadi insan lebih bersyukur pada masa hadapan,” katanya.

Kata Que, sepanjang program dilaksanakan, ketiga-tiga anaknya, Qalif Khan,Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra sangat teruja.

“Ratu mengatakan dia sangat bersimpati dengan golongan gelandangan dan bertanya pada saya, kenapa tidak membawa mereka balik ke rumah memandangkan mereka tidak punya tempat tinggal.

Bertanyakan mengenai perkembangan terbaru Que Haidar, dia mahu bergelar penyanyi dan bakal muncul dengan single tidak lama lagi. Que sememangnya minat dengan dunia nyanyian dan sejak sekolah lagi dia ada berhasrat mahi bergelar peragawan, pelakon dan penyanyi.

Sumber