Mengapa agaknya sesetengah individu itu sukar untuk move on dari kisah lampau? Ya, move on. Teruskan hidup dan tinggalkan kisah lampau yang menghancurkan hati.
Bagi sesetengah orang yang tak pernah merasai betapa sakit dan hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ini sebagai mudah dan kecil sahaja.
Tapi bagaimana pula mereka yang sedang merasainya? Malangnya tidak. Tidak semudah yang disangka. Sebab, kadang-kadang perkara yang nampak kecil inilah yang mengambil ruang paling besar dalam hati kita.
Seperti yang terjadi antara dua pelakon popular ini, Fasha Sandha dan Nora Danish. Kontroversi panas yang melibatkan dua artis jelita seperti tidak akan berkakhir dan tidak dinafikan masing-masing mempunyai kisah silam yang tidak dapat dilupakan.
Fasha Sandha petang tadi telah memuat naik kapsyen luahan perasaan di akaun Instagramnya dimana dia “dihalau” daripada sebuah majlis fesyen anjuran jenama pakaian dan tekstil terkenal. Semuanya gara-gara seorang artis yang turut bekerjasama dengan jenama pakaian tersebut ingin tarik diri jika Fasha hadir pada majlis tersebut. Berikut luahan Fasha di Instagram miliknya.
Masih terkenangkan apa yang berlaku semalam. Yes, i am a single mother, and i have SUPER POWER. Tapi sekuat manapun, jatuh juga air mata tanpa henti semalam.
Setibanya saya di hotel semalam, saya terus ke bilik Nursajat untuk bersiap.
Tiba2 Nursajat beritahu saya, encik Izani Dari Pihak pengurusan Jakel memberitahu saya bahawa satu jenama artis lain yang turut ada dalam majlis fenomena raya tersebut akan TARIK DIRI jika saya hadir ke majlis tersebut.
Saya terkejut, kenapa tiba2 ada drama pula.
Saya, dengan rela hati, sudah bersedia untuk balik, kerana saya tidak mahu masalah dan saya ingin menghormati majlis tetapi saya dipujuk oleh Rita Datuk Sosilawati , nursajat dan Manager saya @iman_imran75 Supaya bersifat PROFESSIONAL.
Lepas 15 minit, pihak jakel telefon Sajat kembali dan memohon maaf diatas salah faham. Kata dia, pihak pengurusan jenama artis tersebut yang tidak mahu kehadiran saya dan telah menukar fikiran untuk membenarkan saya datang.
Saya benar2 celaru dan kusut dengan situasi yang terjadi semalam.Saya betul2 dalam dilema dan terkejut dengan apa yang jadi.
Saya dalam keterpaksaan, saya menurut nasihat pihak pengurusan saya,supaya pergi.
Saya dengan muka hiba, muka sembab baru lepas menangis, saya gagahkan diri saya untuk pergi.
Saya kotakan janji, saya pergi hanya untuk sajat for the first show dan saya terus balik.
Saya benar2 kecewa dengan apa yang terjadi semalam.
Lain kali, kalau takmau saya ada, buat majlis solo, dah tentu majlis ni kepunyaan Jakel dan banyak jenama, Jadi akan ada jenama lain yang turut serta.
Semalam awak cuba memalukan orang, cuba nak menghalau orang dari majlis.
U think dengan nama dan kekayaan yang u ada, u boleh sesuka hati nak cuba menghalau orang dari majlis yang bukan kepunyaan u?
Saya akan ingat peristiwa ini sampai saya mati dan saya mendoakan awak cepat sembuh dari segala penyakit awak. Saya juga mendoakan awak bahagia selalu dan jenama awak sukses.
Bersihkan dalaman agar awak betul2 gembira dengan kehidupan awak,bukanlah hanya kepura puraan .
Ingat ya, saya sedar diri saya, saya dah bersedia untuk balik, tapi kerana PROFESSIONALISM, saya gagahkan diri saya.
All the best to you burung Hantu #moveonplease
Nedim Beri Kenyataan Seolah-olah Ditujukan Kepada Fasha Sandha
Walaubagaimanapun, selepas isu ini menjadi bualan hangat di media sosial, suami Nora Danish, Nedim telah memuatnaik gambar berserta kapsyen seolah-olah mahu ditujukan kepada Fasha. Namun sebaliknya berlaku pada Nora Danish, di mana dia bertindak berdiam diri tanpa mempertahankan diri dengan dakwaan ini. Malah Nora sempat memuatnaik gambar kemesraan bersama suaminya ketika isu ini menjadi hangat.
Isu artis tak boleh nak moveon bukan lah asing dalam dunia hiburan. Isu sebegini kebiasaannya berkait rapat dengan perceraian mahupun untuk mendapat hak penjagaan anak atau tuntutan nafkhah. Seperti yang terjadi pada pelakon jelita Rita Rudaini dan bekas suaminya. Terbaru, Aidil telah memuatnaik komen Rita di laman Instagramnya. Jelas sekali, komen itu sememangnya mahu ditujukan kepada bekas isterinya yang tidak henti-henti melemparkan kata-kata negatif.
BACA: Akhirnya Aidil Zafuan Buka Mulut Serang Rita Rudaini Di Instagram
Tetapi apa yang lebih memeriahkan suasana mengenai isu ini adalah netizen-netizen. Isu ini mendapat ribuan respon dari peminat dengan pelbagai spekulasi negatif dan positif. Lebih mengejutkan ada dikalangan mereka yang berbalah sesama sendiri mengenai isu ini. Banyak betul masa mereka untuk masuk campur masalah orang lain kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.